Friday, October 11, 2013
It's unplanned...again..
Thursday, October 10, 2013
Finding my track...again
Saturday, October 20, 2012
Finding back my track
Note: Today is Ayah's birthday; his 60th birthday. I pray for the best for him. May Allah shower him with His blessing.
Saturday, June 23, 2012
Saya mesti sabar selalu
Wahai diri, bersabarlah.
Monday, June 11, 2012
Today and days after
Sunday, June 3, 2012
That lights and siren
Tuesday, May 15, 2012
Harapan di ED
Saturday, April 28, 2012
ED posting
Monday, April 9, 2012
Orthopaedics in memory
I was so afraid when I first started my ortho posting as HO; knowing my knowledge is all at the sacrum level. But somehow, I managed to survive my 14-day tagging period answering the basic questions that was frequently asked by our lecturers. Thanks to Allah for giving me opportunity to learn with great people.
Throughout the posting (leave the internal politics in the department), ortho is a very interesting field. It's not merely about a carpenter works in a sterile room. Everything is about knowledge in order to produce a perfect, functional and sustainable masterpiece. The aim is always to enable patients to regain his pre morbid functional level or at least to prevent further problems. The management is GENERALLY straight forward as compared to medical.
I was usually left alone by my MO in LA OT. It was only some lucky days when my MO was around supervising me doing the works. Somehow I felt appreciated as they trusted me but most of the time I felt afraid of doing mistakes without anybody correcting me. But, Alhamdulillah, Allah helped me along the way.
Doing call as senior HO in which I had to see all referral cases from ED or ward really helped me to appreciate the knowledge as I was the first person encountered the case before my MO. In every call, pelvic fracture is a must-encountered case. It was very different when I did the call in surgery where my MO was always available. Sometimes, I just can't imagine how could I go through it alone (as my MO was in OT or went back already as room is not provided for them); seeing cases alone in red zone in the middle of night whereby the other HO from surgical and ED team had their own MO with them. But I think that made me more confident in myself in managing the patient (but of course I need to know my limit!). And of course, my colleagues in ward would not expect a good night for them if I am doing the senior HO call.
I admired ortho surgeon (I repeat - ortho surgeon) very much. The stigma in the hospital is the lousy doctors are thrown in ortho (at least that was the perceptions of MOs in other departments in my hospital - there was once when I was in 'this' posting; my MO said those 2nd poster from ortho [as 1st posting] are not considered as 2nd posting). No (maybe not all). Ortho surgeons that I knew since student time until now are all knowledgeable and responsible persons. They inspired me; not really through their operational skills and masterpiece, but through the way how they coach us as junior doctors and the way how they show their care to patients. Yes, it was usually the hard way in coaching us but I took it as learning process.
Oh, how could I forget that I was the HO leader in ortho. I started doing the schedule on my day 15 in ortho. I was struggling at that time; adapting myself with the new department, new bosses, new rules and at the same I needed to crack my head for the schedule. It was difficult for me; as I'd be very upset if I couldn't fulfill their requests but at the same time I learned to become firm with my decision.
Thank you Allah for the life experience. Thank you Allah for easing the way. Please help me along my way in this world until the day I close my eyes.
71200 Seremban
Note:
1) There's another story in ortho...Nanti sambung cerita =)
2) 'Enjoying' my life in ED...huhu...
Saturday, March 3, 2012
Setahun berlalu, kini bertambah satu
27 tahun berlalu.
Semakin bertambah umur, semakin banyak dosa yang dipikul, tapi entah kan bertambah pahala yang terkumpul.
Berilah aku petunjuk untuk sampai ke syurgaMu.
Terima kasih buat emak yang melahirkan, buat ayah yang sama-sama membesarkan.
Terima kasih buat adik-adik yang menceriakan.
Terima kasih buat kawan-kawan yang sama-sama mencorakkan hidup ini.
Semoga sentiasa tabah dalam menghadapi setiap ujian kehidupan.
Semoga sentiasa dilorongkan ke jalan yang diredhaiNya dalam setiap keputusan.
Untuk Madihah, selamat berusaha untuk PMR tahun ini! Semoga tercapai cita-cita yang diimpikan.
p/s :
1) Mahu berBBQ petang ini bersama famili =)
3) Esok saya bekerja, mahu tulis nombor cantik itu berkali-kali..errk =)
Saturday, February 4, 2012
Dia, Idola saya
Tensennye kerja sebagai HO... tapi kalau fikirkan ad orang kerjanya lagi tensen dpd HO.
kerja HO berurusan dengan orang sakit, kerja dia dengan semua orang. wajib pulak tu.
HO selalu kena marah, ugut dikenakan tindakan, extend, etc. Dia sampai kena baling batu lagi pasal buat kerja.
HO ad off day, die xde.
HO boleh mengadu pada mak, ayah, adik, kakak...(dan facebook, haha.). die xde sapa2 kat dunia ni..
Nasib baik 'Boss' dia sangat2lah understanding..
Sempena maulidur rasul ni, ingatan utk saya dan rakan2 HO; macam mana stress pun kerja kita, ia x seberapa kalau nak banding dengan kerja Rasulullah. Oleh itu, bersemangat! Haikal@Facebook
Terima kasih Allah.kerja HO berurusan dengan orang sakit, kerja dia dengan semua orang. wajib pulak tu.
HO selalu kena marah, ugut dikenakan tindakan, extend, etc. Dia sampai kena baling batu lagi pasal buat kerja.
HO ad off day, die xde.
HO boleh mengadu pada mak, ayah, adik, kakak...(dan facebook, haha.). die xde sapa2 kat dunia ni..
Nasib baik 'Boss' dia sangat2lah understanding..
Sempena maulidur rasul ni, ingatan utk saya dan rakan2 HO; macam mana stress pun kerja kita, ia x seberapa kalau nak banding dengan kerja Rasulullah. Oleh itu, bersemangat! Haikal@Facebook
Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Banyak yang saya perlu perbaiki.
Banyak yang saya kena pelajari.
Banyak yang saya harus berusaha mengikuti.
Ikhlas hati wahai diri.
Jom bekerja dengan bersemangat. Smile =)
70200 Seremban
Wednesday, February 1, 2012
I'm hurt =(
But those problems are expected in coordinating and managing people.
Thank you to those who never understand. Maybe you are right in fighting for your right which I seldom compromised.
Thank you to those who never considerate. Maybe you are right because I never know your personal problems which I could never bear if it happens to me.
Ya Allah, please help me to be sincere in my job. I don't want it to be wasted. I want it to be accountable.
Note : After all I hate this shift system. I don't mind if my life doesn't change as 'they' wish when initiating the system, but I just hate it after I go through it. I don't want to give my comment as my comment will usually not typical and not many people can take it; other people will quote it and another group of JKN staff will come to my hospital and get feedback. It gives headache to all!
Dear me, please renew your intention. We are doing this job to get blessings from Allah in the world and hereafter. Treat your patients as if they are your loved ones. Smile =)
70200 Seremban
Tuesday, January 17, 2012
Permudahkan urusanku, Ya Allah
71200 Seremban
Monday, December 26, 2011
Thank you
Wednesday, December 21, 2011
Wad Patah dan Potong
Tergelak besar saya malam tadi. Bertugas shif malam di wad 5A; sesudah selesai semua kerja dan review pesakit mana yang perlu, saya sempat berbual-bual dengan seorang pesakit yang matanya masih belum mahu tidur. Muda lagi orangnya, baru 20 tahun; terlibat dalam kemalangan motosikal dan mendapat kecederaan - open fracture grade 2 of right tibia/fibula. Dua hari lepas wound debridement and external fixator insertion telah pun dijalankan ke atasnya.Sunday, November 6, 2011
Salam aidiladha

Alhamdulillah, saya bercuti untuk 2 hari ini =)
Gelombang aidiladha pada tahun ini sedikit berbeza. Liputan di Tanah Suci banyak disiarkan di media massa; lebih daripada tahun-tahun yang lalu. Perbincangan tentang isu-isu Tanah Suci juga banyak disiarkan dan yang menggembirakan saya, ianya disiarkan pada slot-slot perdana. Tidaklah seperti beberapa tahun dahulu; siaran-siaran seperti ini hanya akan ke udara pada jam 6.00 petang. Bertambahlah azam saya untuk berusaha untuk menyahut panggilan tersebut.
Berusaha dari segi kewangan sudah menjadi satu kemestian. Mengerjakan haji diwajibkan ke atas mereka yang mampu sahaja. Saya perlu berusaha untuk menjadi seorang yang mampu supaya saya dapat menunaikan rukun Islam tersebut. Terima kasih kepada emak dan ayah yang telah memulakan simpanan untuk kami pergi haji sejak kami kecil lagi; gaji mereka dipotong setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun kami bertujuh beradik. Kini saya sudah bekerja dan sudah punya wang sendiri. Kini giliran saya pula untuk berbuat demikian. Tugas saya adalah untuk memastikan hasil pendapatan tersebut benar-benar bersih untuk ke sana. Jadi, saya kena bekerja dengan amanah dan bertanggungjawab di samping membayar zakat yang ditetapkan.
Berusaha dari segi kesihatan juga merupakan satu kewajipan. Walaupun masih muda, saya perlu berusaha menjaga kesihatan dari sekarang. Bermula daripada amalan pemakanan sehinggalah amalan kehidupan seharian. Oh, cabaran besar buat saya. Kadang-kadang makan pun tak tentu masa. Balik kerja sudah tiada lain di fikiran selain rehat dan tidur,. Jadi, apa yang saya buat sejak mula kerja dulu adalah mengurangkan penggunaan lif. Saya guna tangga. untuk naik dan turun. (Tapi saya hanya akan naik guna tangga hingga tingkat 3 - dan sekarang saya bertugas di tingkat 8..hehehe).
Berusaha dari segi ilmu adalah keutamaan. Walaupun sudah belajar sejak sekolah menengah tentang haji dan banyak program di televisyen berkaitan dengannya, saya masih belum jelas sepenuhnya tentang ibadat ini.
Berusaha mempersiap dan membaiki hati memerlukan ketabahan yang tinggi. Hanya kepada Allah saya bermohon untuk diberi kekuatan dan paling penting diberi petunjuk serta hidayah. Saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada salah dan silap. Saya hanya manusia biasa yang boleh tertewas dengan nafsu. Saya hanya manusia biasa yang terlupa dan terleka.
Saya doakan mereka yang berada di Tanah Suci sentiasa sihat untuk menyempurnakan ibadah ini. Semoga mendapat haji yang mabrur. Wahai Tanah Suci, saya merindui kamu!
43650 Bandar Baru Bangi
Berusaha wahai diri!
Semasa posting ini saya banyak mengeluh sendirian.Semasa posting ini saya banyak memujuk hati menahan sabar. Semasa posting ini saya banyak merenung kembali mencari kekuatan. Semasa posting ini saya banyak memohon pada Tuhan agar dimudahkan segala urusan.
Biarlah mereka yang berbaju biru itu selalu salahkan kami (HO) semasa meeting department sebab 'tak buat' discharge summary serta itu dan ini; padahal komputer di wad hanya 3, server selalu down, kertas A4 pun kadang-kadang tiada dan printer selalu tidak berfungsi. Selalunya semua sudah siap, tetapi tak dapat print sebab printer rosak. Banyak kali juga saya print semula discharge summary untuk pesakit yang sama sebab hilang. Salah siapa? Pasti jari dituding ke arah kami juga dengan pelbagai alasan lain.
Biarlah mereka yang lebih berilmu itu selalu marahkan kami di wad, lepas mesyuarat jabatan atau di mana-mana; tentang apa-apa sahaja; saya tidak mahu ambil kisah sebab saya tahu memang ada antara kami yang bermasalah yang membuatkan mereka jadi begitu. Saya juga memang tak gemar dengan mereka yang bermasalah disiplin sebab mereka juga menyusahkan saya. Biar saya belajar dengan cara yang pahit sebab memang mungkin itu cara belajar yang paling baik di hospital.
Apapun, saya tetap gembira dan teruja untuk datang bekerja setiap hari. Kerja saya adalah amanah daripada Allah. Saya bekerja hanya untuk Allah. Saya tidak bekerja untuk bos - bos saya. Mereka juga manusia seperti saya. Bukan mereka yang menentukan rezeki saya, tetapi Allah. Tetapi saya menghormati mereka kerana mereka lebih berilmu dan berpengalaman daripada saya; walau apapun cara dan gaya mereka.
Setiap hari merupakan hari-hari baru untuk saya belajar sesuatu. Setiap hari saya merupakan peluang-peluang baru untuk saya menimba amalan dan keberkatan. Setiap hari merupakan ruang-ruang baru untuk saya membaiki apa yang perlu. Setiap hari merupakan sinar-sinar baru untuk saya kongsikan apa yang saya ada dengan mereka yang memerlukan.
Menjaga bayi-bayi yang tidak berdosa itu kepuasan saya.
Melihat kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa tentang dunia itu kegembiraan saya.
Mendengar mereka menangis serta 'berlawan' dengan mereka semasa mengambil darah atau memasang branula merupakan satu kelegaan kerana saya tahu mereka masih 'sihat' dan bertenaga.
Yang pasti, semangat juang kamu semua melawan penyakit dan ketabahan ibu bapa kamu untuk terus berusaha dan berharap untuk kamu benar-benar mengkagumkan dan menginsafkan saya, betapa saya masih lagi tergolong antara manusia-manusia bertuah yang lupa untuk bersyukur.
Membesarlah kamu semua dengan baik. Semoga sentiasa dilindungi Allah. Semoga diberi petunjuk ke jalan kebenaran. Semoga kamu semua bertemu Islam yang sejati, jalan kehidupan di dunia untuk menuju syurga di akhirat. Kamu semualah pewaris dan pentadbir masa hadapan. Jadilah insan mulia kerana kamu semua jugalah yang bakal memimpin anak-anak dan cucu-cukuku nanti.
Teruskan berusaha wahai diri. Bekerjalah seolah-olah akan hidup seribu tahu lagi. Beribadahlah seolah-olah akan mati esok hari.
43650 Bandar Baru Bangi
Thursday, September 15, 2011
God is like that...
Congratulations to the baby - you are an ahlul Jannah (member of the Heaven).
'Congratulations' to the parents - your baby is in the Jannah (Heaven); waiting for you and will always pray for you. Be strong. Be patient. Reward from Allah is waiting for you.
Alhamdulillah, I am a Muslim. I believe in God. I believe in the world and hereafter. I believe in predestination as planned by Allah.
Dear my friend, my prayer is for you. May you find the right way.
43650 Bandar Baru Bangi
Tuesday, August 16, 2011
Pesakit, Bayi dan Saya
Saturday, July 30, 2011
Ramadhan Kareem =)
.jpg)
Ramadhan is coming and I am still in tagging period in Paediatrics Department - to complete a total of 14 days (but today I am taking a day off - how nice is this department!)
Oh, 2/3 of the day to be spent in hospital ~sigh~
I am not sure whether I'll be strong enough to perform Terawih prayers if every night I've to go back at 11 to 11.30pm.
I'm not sure whether I'll be strong enough to wake up in early morning for Tahajjud payers.
Definitely, my sahur will be just before Subuh.
As in last year, my iftar will be just a simple one (as I'll run for my Maghrib prayer ASAP before the night round starts - or it will be usually in the middle of the round when I can just see other people eat and hope for the round to finish fast so that I'll not miss the prayer).
But, I am very sure that Allah will listen to my prayers, ease my way and be by my side.
I really hope that I'd have enough courage and strength to read more Quran and perform Terawih and Tahajjud in the middle of this tagging period during this blessed month. I don't want to miss the train! I shouldn't forget that my job is also actually an ibadah that I'll get reward from it - if I do it because of Allah.
Keep moving forward. The rest is only in Jannah.
Ramadhan Kareem.
Waiting patiently for my turn