Banyak sungguh entry yang tertangguh. Semuanya saya tulis separuh jalan, sebab tertidur di pertengahan jalan :p
Dalam bulan kedua dalam posting pediatrik, masih terlalu banyak perkara yang saya perlu belajar. Saya akan menjaga SCN (Special Care Nursery) sehingga akhir bulan ini, jadi pesakit-pesakit saya adalah mereka yang berumur kurang dari 30 hari.
Saya menjaga mereka yang suci.. Saya menjaga mereka yang tidak berdosa. Sentiasa sejuk hati melihat wajah mereka.
Kagum melihat mereka begitu kuat mengharungi kesakitan dan melawan pelbagai insult yang menyerang dek kelemahan sistem tubuh badan mereka untuk melawan. (Saya tak dapat bayangkan apa yang mereka rasa; minta maaf banyak-banyak sebab terpaksa mencucuk tangan dan kadangkala (selalu jugak sebenarnya) kaki kecilmu berkali-kali sebab kamu sangat comel dan chubby).
Sentiasa berharap agar mereka membesar dengan baik. Sentiasa berdoa agar mereka berjaya mencari dan menerima hidayah daripada Allah. Bagi anak-anak single parent (baca: luar nikah) saya berdoa agar mereka tidak menjadi mangsa fitnah dunia dan keji masyarakat; semoga mereka membesar dengan baik di bawah lindungan Allah.
Sekarang ini, wad kami penuh dengan bayi-bayi; ada 50 orang semuanya, mungkinkah akan bertambah lagi (ah, tidak!). Jika saya kata saya 'suka' ramai patient, orang akan kata saya tak betul. Saya tak kisah ramai patient asalkan pesakit itu betul-betul ada indication untuk admission. Saya pun tak kisah ramai patient kalau masa office hour. (Tapi kalau masuk waktu on call pun tak kisah, terpaksalah saya belajar sorang-sorang, tak dapat kongsi dengan orang lain). Saya juga tak kisah ramai patient kalau semua colleague tolong jaga wad sama-sama (macam sekarang).
Setakat ini saya ok dengan paediatrics. Tapi saya tak rasa saya suka NICU. Saya tak suka tengok baby sakit (alasan). Bak kata Dr. Asiah (MO Medical), kita tak kan suka sesuatu bidang sampai kita berul-betul faham apa sebenarnya ilmu yang tersurat (masa tu saya tengah borak dengan Dr Asiah yang saya nak buat Medical tapi tak minat sangat dengan cardio).
Selamat membesar dengan baik untuk bayi-bayi saya di wad sana. Kamu semua sungguh mulia sebab tiada dosa. Semoga berjumpa dengan jalan yang benar dan diredhai Allah.
Satu lagi, terima kasih mak (dan ayah) sebab jaga kesihatan masa mengandung, lahirkan saya dan adik-adik dengan baik dan jaga saya adik-adik dari kecil sampai saya (dan adik-adik, kecuali Muhsin yang kena masuk wad sebab jaundice) tak pernah kena masuk hospital, tak pernah kena cucuk dan tak pernah kena ambik darah.
Nota :
1. Salam Aidilfitri buat semua. Alhamdulillah, saya sempat solat raya tahun ini. Dengan harapan semua amalan semasa Ramadhan dapat diteruskan untuk setahun akan datang. Semoga ditemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
2. Belum sempat beraya ke rumah kawan-kawan. Tak tahulah bila boleh pergi. Saya bekerja weekend ini dan akan datang dan mungkin seterusnya.
3. Selamat bekerja untuk para junior saya. Saya baru jumpa 2 orang dekat HTJS.
4. Bila tengok baby, saya jadi rindu dengan labour room. I really love labour room. Saya rindu conduct delivery. Saya rindu sambut bayi. Saya rindu jahit episiotomy. Saya tak kan menolak kalau saya terpaksa jadi MO O&G nanti =)
71200 Seremban