Saturday, April 28, 2012

ED posting

Dua hari lepas, sudah genap sebulan saya bertugas di Jabatan Kecemasan (ED). Rutin hidup bertukar dengan sistem shift di ED yang berbeza dengan jabatan-jabatan lain. Tiada istilah hari minggu. Hari-hari merupakan hari bekerja kecuali HK (Hari Kelepasan); itu pun setelah mengharungi double shift pada hari sebelumnya. Saya tabahkan hati mengharunginya. Kalau orang lain boleh buat, mengapa bukan saya. Lagipun bukannya lama, 4 bulan sahaja. (Tapi minggu ni saya tiada HK; saya bekerja dari Isnin hingga Ahad ni - tapi sebelum ni pun macam tak biasa begini, mode : tabahkan hati).

Walaupun begitu, saya gembira bertugas di ED kerana dikelilingi rakan-rakan HO yang sama-sama bekerja. Hampir semua mereka saya kenali kerana sama-sama bertugas di jabatan-jabatan lain sebelum ini. Bos-bos MO yang banyak memberi tunjuk ajar serta kawan-kawan staff nurse dan MA yang banyak membantu melicinkan kerja di ED yang memang sudah sedia sibuk dengan pesakit. 

Bersyukur juga kerana diberi peluang melalui pengalaman hidup ini. Setiap hari saya belajar sesuatu yang baru, belajar kembali apa yang saya sudah tahu dan membetulkan apa saya sangka saya tahu sebelum ini. Pengalaman bertugas di ED amat berharga untuk dibawa untuk district posting kelak; walaupun saya amat berharap untuk kekal bertugas di HTJS selepas HO nanti (borang pertukaran penempatan pun saya tidak isi). Apa pun, saya berharap semua ilmu yang ditimba semasa housemanship ini dapat membantu saya nanti; walaupun banyak lagi yang perlu dipelajari.

Hari-hari saya berdoa agar urusan-urusan saya dimudahkan. Ternyata Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Memberi. Terima kasih Allah.

Banyak lagi yang ingin diceritakan, Nantilah di lain hari. Saya bertugas shift petang hari ini.

71200 Seremban


No comments:

Post a Comment