Tahniah Ili dan Azlan!
Saya bagaikan tidak percaya yang saya berjaya menjejakkan kaki sekali lagi ke bumi Cik Siti Wan Kembang pada saat-saat kesibukan dan keletihan yang memuncak; dengan satu niat-memenuhi hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain; memenuhi undangan apabila dijemput.
Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk bertemu kembali dengan 'ahli keluarga besar' saya semasa di Kuantan. Sungguh tidak disangka yang kami semua dapat berkumpul. Dan lebih menggembirakan kerana saya dapat bertemu roomate yang tersayang- Puan Marlisa yang sudah berbadan dua dan 36 minggu rupa-rupanya =)
Tidak terungkap dengan kata-kata akan perasaan saya. Bagi saya Ili amat bertuah kerana kami semua diberi peluang berkumpul bersama walaupun lokasinya nun jauh di pantai timur.
Melihat mereka semua, masih terbayang-bayang dalam kotak fikiran saya akan susah senang yang kami hadapi semasa memerah buah fikiran dan keringat untuk menyalur khidmat masyarakat kepada adik-adik pelajar sekolah di sekitar Kuantan. Khidmat masyarakat yang diberi adalah bukan untuk mendapat kredit merit, bukan juga sebagai platform untuk sekadar membantu meningkatkan kredibiliti diri. Ia lebih daripada itu. Ia bukan sekadar sebuah program untuk pelajar-pelajar sekolah. Ia datang daripada hati yang letih dan risau akan apa yang terjadi kepada masa depan anak-anak bangsa jika mereka tidak dipandu dan disuluh dengan kebaikan. Saya rindu akan semua itu pada saat ini.

Perjalanan pulang saya di dalam pesawat ditemani dengan memori-memori tersebut. Kereta rosak, duit tak cukup, kejar bas, bermusafir bersama-sama, kena 'pancung' oleh ketua fasi dan sebagainya akan saya kenang sampai bila-bila. Susah dan senang berprogram dibayar oleh Tuhan dengan kemanisan nikmat berukhuwah yang masih kekal sehingga kini.
Apa pun, tahniah sekali lagi lagi untuk Ili dan Azlan. Selamat berjaya dan bersabar dalam menghadapi cabaran alam rumahtangga. Semoga melahirkan mujahid dan mujahidah untuk meneruskan perjuangan ini.
Selamat berusaha untuk Wahid, Jepa dan kawan-kawan yang akan menduduki Professional Exam tahun ini. "Wahid, berusaha dan terus berusaha. Semoga kamu sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki."
Irwan, Pejal, Syibi, Jah dan yang seangkatan, "This is the road not taken by others. But, believe me, it is worth it. Please take care of the Team for us and for the ummah. After all, don't forget, academic is always number one."
Oh, kena ucap terima kasih pada Ilman dan Q juga sebab hantar ke airport tempoh hari. Perjalanan yang penuh suspen. Dan kalau nak tahu, akak adalah orang pertama yang masuk flight hari tu. (I checked in at 6.40pm for a flight scheduled at 7.15pm-what a great relieve!). Kalau tak memang akak terpaksa tumpang NCJ **** balik Seremban =)
43650 Bandar Baru Bangi
p/s : Saya tidur di sepanjang perjalanan kerana saya post-call. LCCT-PC-Pasir Mas. Semasa di airport, saya tunjuk pada pemandu teksi alamat Ili dan minta dia kejut saya bila sudah sampai. Nasib baik dia tak bawa saya sampai ke Golok. (It was definitely dangerous but I just couldn't help it! - and I don't want to do it again).
Gambar : Kredit untuk Jepa@Facebook
No comments:
Post a Comment