Saya rindu UIA.
Saya juga rindu Kuantan.
Saya rindu kawan-kawan di UIA.
Bukan semua kami datang dari sekolah agama, tapi kami belajar agama sama-sama di UIA.
Saya rindu cikgu-cikgu saya di UIA.
Cikgu-cikgu saya yang penuh dengan 'wisdom' dan sentiasa memberi inspirasi dengan cara meraka yang tersendiri.
Saya tak tahu sama ada saya sudah buat mereka gembira atau tidak; tapi saya tetap berusaha ke arah itu setiap hari (walaupun saya amat penat dengan kerja).
Saya rindu suasana di UIA.
Biar apa pun orang cakap pasal UIA sekarang, saya bersyukur pada Allah sebab takdirkan saya masuk UIA. Saya dapat kenal orang-orang yang baik dan belajar benda-benda baik.
Saya rindu untuk pergi program-program kemasyarakatan walaupun hari-hari saya jumpa masyarakat.
Saya rindu nak buat program sama-sama dengan kawan-kawan.
Sukar benar saya nak solat berjemaah di sini kecuali kalau saya ke masjid.
Saya sedih sebab ramai pesakit saya masih tak solat.
(Mungkin salah saya yang selalu bagi alasan sibuk).
Saya lagi sedih sebab ramai staff dan kawan-kawan juga meringankan solat.
(Kalau tengah operation tu lain cerita. Saya pernah hantar kes ke HKL dan saya minta pemandu berhenti untuk solat maghrib masa pulang ke seremban; tapi tiada sape endahkan permintaan saya).
Saya doa banyak-banyak agar Allah permudahkan saya dalam setiap langkah kehidupan.
Saya doa banyak-banyak agar Allah sentiasa bagi saya petunjuk dan tak lupakan saya.
Saya tahu saya sedang berjuang di sini.
Menegakkan Islam dalam diri saya.
Mengamalkan nilai-nilai Islam semasa bekerja.
Agar Islam tidak dipandang serong.
71200 Seremban

Rindu juga suasana uia ~ 2n46mumtaz@gmail.com
ReplyDelete