Facilitator Team di IIUM Kuantan penuh dengan kontroversi dan 'misteri' bagi sesetengah warga kampus ini kerana identiti persatuan ini yang amat tersendiri. Ramai warga kampus yang sering tertanya-tanya akan apa-lah yang sebenarnya dilakukan oleh ahli persatuan ini yang sering berbaju biru dan ber'tag' nama biru dalam aktiviti-aktiviti mereka.
Apa yang pasti, moto "Faith: The spirit that moves us" telah menyatukan ahli keluarga ini dan mereka amat teruja dan komited dalam menjalankan tanggungjawab kemasyakatan. Tiada harapan tinggi diletakkan. Tetapi seribu kesyukuran ditadahkan apabila mampu memberi kesan.
Dengan izin Allah, keluarga ini telah banyak mengajar saya erti dan seni-seni dalam persahabatan, pengorbanan, kekeluargaan, kepimpinan dan kemanusiaan. Terima kasih buat semua yang telah 'mengajar' saya erti dan seni kehidupan.
Saya rindu berprogram dengan anda semua. Saya rindu untuk merasakan susah dan senang menjayakan program bersama-sama anda semua. Saya rindu untuk memberi daripada sedikit yang saya ada pada diri ini. Semoga dikurniakan kelapangan masa dan kekuatan mental serta fizikal di saat-saat saya bersaing dengan masa untuk Final Professional Examination pada bulan Mei nanti.
Pesan saya buat semua, akademik tetap menjadi prioriti. Sesungguhnya, jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal.

"Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami." Surah Al-Kahfi (18):10
25200 Kuantan
No comments:
Post a Comment