Monday, November 23, 2009

Muhsin


Muhsin bermaksud orang yang berbuat kebaikan.

24 November 2003 merupakan tarikh kelahiran adik bongsu kesayangan kami sekeluarga; Ahmad Muhsin Mustapa. Kehadirannya yang agak mengejutkan selepas 6 tahun keluarga kami tidak menerima ahli baru.


Memang manja sampai semua cemburu

Saya masih ingat lagi perasaan emak yang bercampur-campur bila mengetahui yang dia sedang mengandung pada awal tahun 2003. Pada masa itu emak berumur 43 tahun. Emak tahu akan risiko-risiko mengandung pada umur tersebut. Nasib baik emak berjumpa dengan seorang doktor yang begitu positif, mengambil berat dan memahami akan keadaan emak. Tambahan lagi, emak dan ayah telah menerima surat panggilan daripada Tabung Haji untuk menunaikan haji pada tahun itu. Terpaksalah mereka menangguhkan pemergian ke Tanah Suci pada tahun itu.




Emak kata, pada setiap anak yang dilahirkan, akan ada rezeki yang mengiringinya. Oleh itu, jangan takut atau risau akan kekurangan atau kesempitan hidup jika menerima kelahiran. Ini kerana anak adalah anugerah dan rezeki. Tidak semua mereka yang berkahwin diberi rezeki ini. Saya amat percaya dengan kata-kata emak.



Sehingga kini, rumah kami sering riuh rendah dan tidak pernah sunyi dengan suara gelak, tangis dan gaduh di kalangan adik-adik. Sehingga kini jugalah rumah kami tidak beberapa berhias seperti orang lain. Ruang tamu kami cukup lapang dan luas kami semua berlari dan bermain. Tiada hiasan di atas meja atau di dinding. Sehingga kini juga masih ada sebahagian dinding masih terdapat contengan lukisan dan tulisan walaupun sudah beberapa kali dicat semula.



Apa pun kehadiran Ahmad Muhsin Mustapa telah menyempurnakan kehidupan kami sekeluarga. Semoga menjadi seorang anak yang soleh, yang sering menggembirakan hati kedua ibu bapa dan berjaya di dunia dan akhirat.



Saya yakin kehadiran Muhsin mempunyai hikmah yang besar buat kami sekeluarga kerana 'dia' dianugerahkan pada saat-saat kami tidak bersedia.

Selamat hari ulangtahun kelahiran ke 6, Muhsin!

25200 Kuantan

2 comments:

  1. sejak bila ada masa wat benda ni?? selalunye x de masa. x habis2 dgan pesakit kat hospital...

    ReplyDelete
  2. apasal wat untk muhsin?? apasal x wat untuk aq?? he3...

    ReplyDelete