Sunday, November 22, 2009

Pesawah gembira anak cemerlang

ALOR SETAR: Tiada saat paling menggembirakan bagi pesawah di Kampung Alor Gunung, di sini, selain mendapat berita mengenai keputusan cemerlang anak perempuannya, Ummu Aiman Abd Latif, 12, yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di sini, semalam.

Pengorbanan dan penat lelah Abdul Latif Hamid, 45, mengambil upah mengerjakan sawah milik saudaranya untuk membesarkan empat anak, termasuk anak bongsunya itu membuahkan hasil apabila Ummu Aiman menjadi antara lima pelajar Sekolah Kebangsaan Gunong, di sini, mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.

Linangan air mata Ummu Aiman sebaik menunjukkan kertas keputusan itu kepada bapa dan ibunya, Habesah Husin, 41, jelas menyampaikan ucapan terima kasihnya buat ibu bapa dan kejayaannya itu adalah hadiah istimewa segala pengorbanan orang tuanya.


Saya tidak pernah ketinggalan setiap tahun untuk membaca kisah-kisah kejayaan pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan samada UPSR, PMR, SPM ataupun STPM. Walaupun mereka semua jauh lebih muda daripada saya, tetapi kisah hidup mereka tetap menjadi inspirasi buat saya untuk terus melakukan yang terbaik dalam pelajaran saya.

Saya amat menghargai dan kagum dengan usaha mereka yang mengharungi kesempitan hidup tetapi tabah dan gigih dalam meneruskan pelajaran. Mereka berjaya tanpa buku yang lengkap. Mereka berjaya tanpa wang saku ke sekolah. Mereka berjaya dengan berhutang yuran dengan pihak sekolah. Bagi saya, kejayaan mereka merupakan kejayaan sebenar dalam kehidupan.





Saya amat bersyukur kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang senang walaupun tidak semewah orang lain. Seingat saya, kesusahan terutamanya dari segi kewangan hampir tiada dalam kamus hidup saya. Terima kasih buat emak dan ayah atas pengorbanan mereka dan syukur juga kepada Allah atas nikmat yang diberikan kerana tanpa nikmat ini tidak mungkin saya mampu memperoleh apa yang saya ada sekarang.

Kejayaan akademik adalah satu penanda aras pencapaian seseorang di muka bumi ini. Tetapi apa yang lebih penting adalah kejayaan kita di akhirat kelak. Saya berdoa agar pelajar-pelajar ini agar terus kuat dan gagah dalam mengharungi kehidupan remaja yang lebih mencabar.


SK Jalan 6 Bandar Baru Bangi; segala-galanya bermula di sini

Buat adik saya, Madihah Naim Mustapa, tahniah dengan keputusan yang diperoleh. Akak bangga dengan keputusan tersebut. Tidak sia-sia usaha kita selama ini. Apa yang penting, perlu berusaha lebih lagi untuk PMR nanti; kalau bukan untuk kita, sekurang-kurangnya untuk menggembirakan emak dan ayah =)



Kakak dan adik - Suhaili Naim & Madihah Naim (4/3/1985 & 4/3/1997)

25200 Kuantan

No comments:

Post a Comment