Sunday, November 8, 2009

Kasih sayang

Tidak pernah terfikir oleh saya yang seekor monyet boleh hidup bersama-sama seekor kucing. Dunia monyet dan kucing adalah jauh berbeza.

Namun demikian, pengalaman kami sekeluarga di Masjid UKM selepas menunaikan solat sunat aidilfitri yang lalu membuktikan bahawa kedua-dua haiwan ini boleh hidup bersama.

Kami keluar dari masjid agak lewat bagi mengelakkan kesesakan kenderaan di pintu keluar masjid. Lagipun, kami tiada perancangan untuk ke mana-mana. Tiada perancangan untuk pulang ke kampung atau beraya pada hari tersebut.

Di pintu keluar masjid, terdapat seekor monyet sedang memegang seekor anak kucing dengan penuh kasih sayang. Kami tidak pasti sama ada monyet tersebut adalah 'penyelamat' kepada anak kucing itu atau anak kucing itu telah 'diculik' oleh sang monyet. Apa yang pasti, keadaan 'mereka' berdua amat menyenangkan dan mendamaikan.






"Ketahuilah, sesungguhnya milik Allah-lah apa yang ada di langit dan di bumi."
Surah An-Nur (24):64

25200 Kuantan

No comments:

Post a Comment