Saya hanya merupakan pemerhati bagi acara ini.
Boleh dibilang dengan jari tentang bilangan perlawanan yang ditonton.
Dan yang paling penting, saya amat berpuas hati dengan persembahan perlawanan-perlawanan yang saya tonton terutamanya semasa Jerman menentang Argentina dalam pusingan kedua (walaupun sedikit terkilan kerana pasukan pilihan Korea Selatan terkandas pada pusingan kedua semasa menentang Uruguay).
Ya, Sepanyol telah menjuarai piala idaman ramai. Thomas Muller (Jerman) dan Iker Casilla (Sepanyol) meraih kasut emas dan sarung tangan emas.
Bagaimana dengan kita semua? Apa yang kita dapat?
Kepuasan, kerana pasukan pilihan menjuarai perlawanan.
Kegembiraan, kerana pemain pilihan menunjukkan aksi yang mengkagumkan.
Keseronokan, kerana dapat bersama-sama rakan-rakan menonton perlawanan di luar sehingga lewat pagi.Di samping itu, ada juga berasa sebaliknya.
Kesedihan, kerana pasukan pilihan tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya.
Kemarahan, kerana keputusan pengadil yang nampak sangat tidak professional.
Tidak puas hati, kerana prestasi pasukan tidak seperti diharapkan.Yang pasti, mesti ramai daripada mereka yang bertaruh hampa kerana begitu banyak kejutan dalam Piala Dunia 2010!
Prestasi kehidupan seharianSaya masih belum bekerja dan saya tidak dapat melihat sendiri senario penonton-penonton ini semasa di tempat kerja.
Tetapi saya amat pasti prestasi kerja selama lebih kurang 1 bulan ini agak merosot bagi
sesetengah mereka.
Semasa masih belajar dulu pun, ada yang sampai tidak hadir ke kelas kerana menonton perlawanan bola sepak.
Saya tidak beberapa pasti jika ada kepincangan dalam urusan keluarga kerana tidak mengalaminya sendiri. Ayah saya juga meminati bola sepak tetapi dia hanya menonton perlawanan pada jam 10 malam; tidak pada jam 2.30 pagi. Tetapi, saya pasti perkara kepincangan urusan keluarga dengan disebabkan oleh perubahan jadual tidur untuk disesuaikan dengan masa Piala Dunia ini berlaku di kalangan sesetengah daripada kita.
Tidak mengapaRamai yang mengatakan tidak mengapa kerana ianya hanya 4 tahun sekali.
Ya. Saya bersetuju. Tidak mengapa merai dan merasai sekali bahang Piala Dunia ini.
Hatta mereka yang kurang berminat pasal bola sepak dan kadang-kadang tak faham pun tentang perlawanan bola sepak serta mungkin tidak faham pun apa itu
off-side akan teruja dengan Piala Dunia dengan promosi yang begitu hebat di media massa, apatah lagi mereka yang amat meminati sukan bola sepak.
Ini adalah salah satu peluang untuk menonton perlawanan bola sepak yang bermutu dan dalam masa yang sama menghiburkan. Perasaan berdebar-debar sepanjang menonton perlawanan amat menyeronokkan.
PrioritiSebagai seorang Muslim, renungilah kembali tentang prioriti dalam hidup kita.
Keredhaan Allah itu yang kita cari. Keredhaan Allah itu terdapat pada kesungguhan kita melaksanakan amanah yang telah diberikan; contoh yang paling dekat ialah pekerjaan kita. Dari mana datangnya berkat jika kita hanya bekerja selama 6 jam (2 jam lagi - tertidur) sedangkan kita dibayar gaji untuk bekerja selam 8 jam sehari? Duit gaji itu akan digunakan untuk menyuap nasi kepada anak-anak di rumah. Dari mana datangnya berkat?
Begitu juga dengan pelajar-pelajar. Dari mana datangnya berkat jika tidak hadir ke kelas dan menipu kehadiran? Oleh itu, tanya balik pada diri jika selepas graduasi nanti anda amat susah mendapat pekerjaan. Mungkin ada silapnya.
Berbaloikah mempertaruhkan nasib kita sendiri untuk perkara yang bersifat sementara? Pasti susah dan payah untuk berperang dengan hati sendiri. Kepada Allah jualah tempat mengadu dan memohon.
Fikir-fikirkan. Saya juga menasihati diri sendiri. Mari merebut piala yang kekal abadi.
43650 Bandar Baru Bangi
p/s : bersyukur kerana masih bernafas hingga saat ini untuk membaiki diri